Hasil pembelajaran : Selepas pembelajaran, murid dapat membeza sama ada bekas A,B,C dalam keadaaan kosong, penuh dan separuh penuh. Akhirnya murid dapat menyatakan bekas yang mana dapat mengisi lebih banyak isipadu cecair. Bahan / Alatan 1. 3 jenis bekas yang berlainan saiz 2. air 3. cawan kecil
Langkah-langkah pengajaran: 1. Guru mempamerkan 3 jenis bekas yang berlainan saiz. 2. Guru menuangkan air ke dalam 2 bekas dan minta murid memerhatikan keadaan 3 bekas itu. 3. Guru meminta salah seorang murid menyatakan keadaan bekas sama ada dalam kosng, penuh atau separuh penuh. 4. Murid-murid buat perbincangan dan menteka bekas manakah mempunyai lebih isipadu. 5. Guru menuangkan air ke dalam ketiga-tiga bekas. 6. Guru minta murid teka air dalm bekas A, B dan C dapat dituangkan ke dalam berapa cawan kecil. 7. Murid -muird memulakan aktiviti. 8. Murid-murid diminta mengisi jadual di bawah. Bekas A __________gelas cawan kecil Bekas B __________gelas cawan kecil Bekas C __________gelas cawan kecil 9. Guru meminta seorang murid membuat kesimpulan.